Monday 18 April 2011

..mencari yG seMpurNa..



Cikgu, macam mana nak pilih yang terbaik..?

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.


Saya tidak menafikan bahawa fitrah manusia yang Allah jadikan, sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupannya. Keluarga yang terbaik, kereta yang terbaik, rumah yang terbaik, dan segala-galanya yang terbaik. Seperti kisah rumput di atas, dalam kehidupan kita, tanpa kita sedar, kita sentiasa inginkan yang terbaik, padahal yang terbaik untuk kita itu telah pun berada di hadapan mata. Begitu juga dengan pasangan hidup. Kadangkala, manusia mencari yang terlalu sempurna hingga mengabaikan soal-soal yang lebih penting berbanding dengan kesempurnaan itu. Sesuatu yang perlu kita fahami adalah, tiada manusia yang sempurna selain kesempurnaan yang ada pada Nabi Muhamad s.a.w.. Hanya Allah yang sempurna. Dan mencari kesempurnaan di saat diri kita juga punya begitu banyak kelemahan adalah sesuatu yang tidak wajar. Kerana MENJADI itu lebih baik dari MENCARI.. Kata-kata ini dikongsikan oleh Ustaz Hasrizal dalam bukunya “Aku Terima Nikahnya”..
Bahawa sebenarnya, Allah s.w.t. telah menukilkan di dalam al-Quran. Sangat indah kata-kata-Nya..
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” Annur:26
Jadi, keperluan menjadi yang terbaik itu lebih penting dari mencari yang terbaik. InsyaAllah.
Sahabat-sahabat, Allah juga ada nyatakan dalam al-Quran, bahawa hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Maka fikir-fikirkanlah..
“Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)


Jodoh: Jangan Mencari Terlalu Sempurna
Jika kamu memancing ikan….Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu….Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ………
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGAhatinya….Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….Kerana dia akan TERLUKAoleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKANsegalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. …Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAHseadanya….Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYAapabila dia menjadi milik orang lain… Kamu juga yang akan MENYESAL…..
~renungan bersama~

Sungguh, bahawa Allah tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi ia memberi apa yang sebenarnya kita perlukan..
Allah knows best..!

No comments:

Post a Comment