Monday 14 November 2011

Aku Yang Lemah..

~..Aku LEMAH..aku salah, aku BERDOSA..aku bukan wanita solehah, aku bukan siapa siapa..aku cuma HAMBA HINA, aku bukan permata..aku cuma kaca, perilaku TIDAK TERJAGA..bicaraku kadang tiada santunnya, hatiku kadang BERPRASANGKA..✿~

Aku tahu..
Aku MALU..
Ya Allah..Tuhanku..
MAAFKAN aku..
Maafkan aku..

~♥> Ya Allah, kuangkat kedua tanganku..SUDIKAH Engkau MENERIMA cintaku, berdarah-darah akan kutempuh..menggapai tarikat cintaMu..tujuh syurga pun TIDAK MAMPU kuraih, menerima diri yang penuh DOSA dan NODA ini..kuharap cinta dan ampunanMu..setinggi arasyMu seluas semesta cinta..TERIMALAH hambaMu yang HINA ini..~

Thursday 10 November 2011

Inikah rindu? ..

Assalamualaikum! :D

Berjauhan bukanlah sebab utama untuk saling merindui. Akan tetapi, kedekatan hati, 
ingatan berterusan dan perasaan memerlukan, itulah yang menerbitkan kerinduan
 walau sebenarnya antara kami x patut ade rase ini..Tapi saya insan yang sangat lemah,
sangat tewas dengan perasaan ini.. Tanpa sedar,kerinduan datang mengamit.. 
Moga Allah mengampuni dosaku..

Sekiranya itu yang kita rasakan terhadap orang yang dikasihi, maka apatah lagi 
terhadap ALLAH SWT,Rabbul Izzati yang selayaknya kita serahkan kerinduan ini.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Maksudnya : "Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui 
apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." 
( Surah Qaaf ayat 16 )

Justeru, muhasabahlah diri seandainya ketika di kelilingi tangisan orang lain usai solat, berzikir dan membaca al Quran, kita hanya termangu-mangu melihat dan bermonolog sendiri,

"Mengapa mereka sampai menangis? Sedang aku sedikitpun tidak merasa sedih?"

Tatkala itu, menangislah kerana tidak mampu menangis kerana bimbang 
ALLAH SWT sudah 'menutup hatimu' dari merasakan kehangatan cinta, 
kasih dan rindu kepada-NYA.

Menangislah, kerana hakikatnya jiwamu sedang menderita 'sakit'!

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.