Wednesday 29 August 2012

APABILA MENGHADAPI UJIAN

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.


Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi
ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. 
Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sengaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. 

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab: 

“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji.

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.

Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

Ujian itu adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya seperti Nabi saw bersabda "Sesungguhnya antara dosa itu ada dosa yang tidak dapat ditebus oleh sembahyang, haji dan umrah hanya dapat ditebus dengan kerisauan hati dalam mencari nafkah hidup." (Riwayat Ibnu dan Abu Na'im dari Abu Hurairah).

Apalah guna hidup senang, tetapi penuh dengan dosa dan noda, Nabi saw bersabda "Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah yang lama gembiranya pada akhirat dan lebih lama kenyangnya di dunia akan lebih lama lapar di akhirat." (Riwayat Ibnu Asakir).

Ini bererti mereka yang hidup sengsara, menderita kelaparan, sakit dan risau di dunia ini akan mendapat kegembiraan yang lama pada akhirat nanti, sebaliknya golongan yang kenyang dan gembira di dunia ini akan lama kelaparannya pada akhirat. Bagi mereka yang hajatnya tidak tercapai di dunia ini, janganlah berduka cita atau putus asa atas keputusan Allah, habuan mereka tersimpan pada akhirat nanti.

Allah berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan berasa) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Manusia berasa sukar menerima keadaan yang biasa menimpa seperti kemiskinan, kerugian, kehilangan barang, pangkat, kematian dan perkara lain yang mengurangi kesenangannya.

Apa yang dapat bertahan dalam kesukaran seperti itu hanyalah orang yang mempunyai sifat sabar dan reda. Dalam hadis Qudsi nabi menceritakan "bahawa Tuhan berkata" Akulah Allah, tidak ada Tuhan yang sebenarnya, selain Aku, maka barang siapa tidak sabar atas cubaanku, tidak bersyukur atas nikmatku dan tidak rela terhadap keputusanku, maka hendaklah dia mencari Tuhan yang lain daripada Ku."

Nabi saw membuktikan cinta dan kasih sayang kepada umatnya ia sanggup menanggung segala susah payah yang menimpa dan inginkan kebaikan daripada umatnya, hingga hampir wafatnya ia masih menyebut umatku, umatku, umatku, seperti mana firman Allah bermaksud "...sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saw) yang menjadi sangat keberatan kepada sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman." (Surah at-Taubah, ayat 128)

Tidak ada siapa pun yang mahu meminta supaya dirinya dikenakan musibah, contohnya sakit, kerana tidak tahu nikmat musibah itu sebenarnya, sebaliknya mengganggap musibah itu adalah buruk...



Wallahualam..

Saturday 25 February 2012

SANAH HELWAH UMMI SAYANG!

Assalamualaikum..
Firstly, i want wish Happy Birthday to my loving ummi,,
who is marvellously dedicate n tender,
who is beautiful inside n out, 
who is so precious to me,,
I Love U, Ummi...


Jom makan ramai2.. :D

25Feb 1971 tarikh keramat ummi kan..heee..Ummi dah 41 taun kan,,but ummi still cantikk,gorgeous dimata kaklong! hehe... 
senyuman ummi kebahagiaan kaklong,,
kesedihan ummi kedukaan kaklong..
air mata mu racun bagiku..
kaklong janji xakan ade lagi airmata kesedihan tok ummi..serius janji!
walau ape pun yang jadi,,ketabahan dan kesabaran akan tetap menjadi milik ummi sampai bile2..ameen..
Kaklong tau,, ummi seorang yg sangat kuat,,sangat tabah,,sangat sabar! 
Ummi selalu kata,, Allah bagi kita mcm2 ujian sebab Allah sayang kita.Jangan kita mempersoalkan takdir. Sbg hamba,,kite perlu redha atas segalanya,disamping kita munasabah diri kita..
Yes ummi! Kaklong ingt semua tu,,dan akan sentiasa dalam ingatan..InsyaAllah..
Ummi,,terima kasih sangat atas segalanya.. sentiasa disamping anakmu yg sangat nakal ni..hik3..
Ummi terima kasih jugak atas susah payah ummi selama ini mengasuh,mendidik kami adik beradik yang banyak sangat ragamnya. i admit it not easy kan.. u really touch my heart..Betul kata orang,kasih ibu membawa ke syurga..Kami semua sayang ummi sangat2. Tanpa ummi,,sape lah  kami.. Syukur yg tidak thingga pada Allah kerana menganugerahkan ummi pada kami..^_^

ummi yg kucintai setulus hati..
okei,, last but not least semoga ummi dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dimurahkan rezeki olehNya..semoga setiap hembusan nafas umi pada saat ini,,ketika ini dan selepas ini diberkati Allah dan dirahmatiNya..Amiin.

ILOVEYOUSOMUCH. I CONFESS THAT U R DA BEST THING IN MY LIFE. U R DA BEST MOM IN DA WORLD!


sPeciaL 4 u Ummi
agak2 ape ye dalam nie?hehe

P/S: Wishing u a day as sunny s ur smile,
        as warm as ur heart,
        as day as wonderful as u r..

~my sis N.Husna Umaira lagi comel,bile awal2 lagi da bagi kad bufday yang die wat sendiri kat ummi.. entah bile die buat xtaw la.. kadang budak ni lebih advance dr kite lagi kan. sayaanng kamoo la Una..Kmo mmg anak yg baik..I admit it..^-^
Lupe nk snap kad bufday tu..hasilkeje tangan bdak year 2..hik3

Tuesday 21 February 2012

Mereka kata,
Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.
Ikhlas itu,
Memberi serela jiwa.
Ikhlas itu,
Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tiada bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.
Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya,
Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam benak sendiri,
Selalu tertanya-tanya.
'Ikhlas ke aku?'
'Ikhlas ke dia?'

Tapi mereka selalu kata,
'Saya ikhlas'
Mereka selalu persoalkan,
'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang.
Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu,
Dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di tengah-tengahnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya
Disolekkan dengan puji puji,
Ditampal kata mengata,
Dirasuh rasa bangga,
Tak tersedar ada penyakit bertandang di hati.

Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,
'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.'
 
(Hadis Qudsi).
Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA
“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Semoga dituntun hati kita dengan CintaNya,
Terarah langkah kita selari dengan redhaNya


Hati-hati menjaga hati:) <3

Sunday 22 January 2012

RAHSIA HATI SIAPA YANG TAHU


Assalamualaikum..:D 

Tiada siapa yang tahu kan ape hati kita rase walaupun kite cuba berkongsi dengan orang lain, tiada siapa mampu memahami ape kita rase.. hanya HATI DAN JIWA kita yang benar2 memahami selain Allah SWT.. Kan? 

Hari ini hati ini menangis lagi.. hati ini sangat sakit bagai dihimpit-himpit.. Jari-jari ini ketar sangat.. Saya x tahu kenapa perasaan ini hadir.. kenapa jari ini ketar pun saya tidak mengetahuinya.. Namon,, hati ini nyata teramat sakit. Saya x tahu kenapa saya diuji sebegini rupa, tapi saya tahu Allah amat menyayangi saya sebab itulah Dia memberi saya ujian ini. Kata sabar dari sahabatku mengiringi perjalananku..Terima kasih sahabat!
Terima kasih Ya Allah,, Kuatkan aku dalam menempuhi dugaanMu untuk terus cekal dalam meniti arus kehidupan di bumi yang fana ini..

Saya ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan saya sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat saya mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya  dengan mengingat Allah lah saya berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati saya.
hujan ini bagai mengerti hati ini :(
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir saya, menggetarkan hati yang sedang saya pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.


Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)


Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.


Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?


Dalamnya hati siapa yang tahu? senyuman kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.


Islam adalah agama mementingkan keamanan, redup hati dan sempurna sahsiah, tetapi ia bukan tuntutan ke atas seorang individu saja, tetapi buat semua. SO, same2 la kita jaga hati orang,, jaga tingkah kita.. jaga hubungan kekeluargaan kita.. Namun,, mampukah diri ini?Hanya pada Allah aku berserah.


Hari ini pertelingkahan serta perbalahan menjadi adat dan norma kehidupan lantaran manusia mula mengetepikan rasa kasih sayang sesama insan. Mengejar impian yang fana, menggadai untung nyata, mempertaruhkan janji luar biasa kerana tamak dan haloba lalu semangat persaudaraan digadai begitu saja adalah sikap tidak terjaga sedangkan Islam tidak hanya menganjurkan hubungan baik dengan Allah semata-mata, tetapi sesama manusia dan makhluk lainnya





Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin
sabarlah duhai hati.





P/S: Dia itu merangkap pada seseorang sangat rapat dengan saya suatu masa dahulu.. Andainya dapat diputarkan waktu itu kembali,batapa bahagianya hati ini.. Mudah2an,,ada hikmah disetiap apa yang terjadi.. Amiin..

Saturday 21 January 2012

rilexla.. kite kan ada Allah :)











“Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yunus : 65)
Dalam kita melaksanakan tugasan dan amanah, tak semua orang suka dengan cara kita, tak semua selesa dengan tingkah kita. Meskipun kita tak pernah menganggu urusan hidupnya. ;)
Mulut manusia, kita tak boleh nak tutup.
Tanggapan mereka, itu hak individu.
Diam bukan bermakna sombong.
Diam bukan bermakna tak peramah.
Tapi…
Bukankah lebih baik diam daripada bercakap atau menyampuk perkara yang tak ada manfaat dan membuka ruang untuk kita mengumpat??? Tak gitu??? ^^,
Berkata Baik atau Diam jer..

Dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

~ Teruskan tersenyum dan teruskan berbaik sangka.. ^^,
~ Selagi paksi kita atas dasar kerana Allah, rilek2 sajalah.. ^_^


Thursday 19 January 2012

HIJRAHKU KERANA ALLAH

¸.•✿´¯) Bilamana aku BERUBAH, dari sejarah kehidupan yang kelam kepada peribadi hari ini yang cerah, janganlah kalian berasa pelik dan ragu-ragu dengan penghijrahanku. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku, cukuplah Allah sebagai saksi. Yang menghitungku, bukan kamu, bukan pula aku. Tetapi ALLAH..

¸.•✿´¯) Moga amalanku sebagai MUJAHIDAH yang banyak kekurangannya ini diterima Allah dan dilaksanakan dengan ikhlas, jauh dari pakaian para MUNAFIQ dan RIAK..

¸.•✿´¯) Akulah HAMBA, yang faqir dalam beramal. Tetapi kaya dengan dosa yang tidak terhitung. Terimalah aku ya Rabb..kurniakan aku jiwa yang ampuh IMANnya. REDHAMu adalah IMPIANku..

P/S : Kan ku tetap GAGAH..kan ku tetap TEGUH demi mencapai kerdhaanMu ya Rabb

Mencintai secara High Class :D

Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. 
Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. 
Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.
Itu tanda jauhi fitnah.
Itu tanda sebuah mujahadah. 


‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’
 (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).DI PETIK DARI BLOG FATIMAH SYARHA