Thursday 12 May 2011

KaweN??bErsEdiakAh aKu..


Assalamualaikum wbt







Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian yang Allah kurniakan.

Apabila kita bertemu dengan insan yang baik akhlak dan elok agamanya, sedangkan kita pula telah banyak melakukan noda dan maksiat dalam hidup, ketahuilah insan itu adalah hidayah yang didatangkan Allah untuk membawa kita kembali pada jalan yang benar melalui cinta yang ditawarkannya untuk kita. Hidayah itu akan datang dalam bentuk yang berbeza-berbeza.

Jodoh itu sentiasa berada di depan mata kita, cuma kita tak pernah tahu siapa. Sebab akal dan pemikiran kita tak pernah menjangkau kearah itu untuk mengetahui siapa jodoh kita. Andai awal-awal  kita sudah tahu siapa jodoh kita, tiada siapa yang akan runsing memikirkan soal jodoh, dan tiada siapa juga sebuk mencari-cari jodoh dan sentiasa berdoa agar dipertemukan jodoh mengikut apa yang kita kehendaki. Jarang kita menemui jodoh dengan orang yang tidak pernah kita ketemu. Jodoh itu bukan takdir mutlak seperti mati yang tidak boleh diubah lagi. Jodoh berubah mengikut apa yang kita usaha dan doakan dan apa yang Allah tentukan berdasarkan usaha dan doa kita. Jika jodoh di depan mata,dan kita tidak berusaha mendapatkannya ,maka jodoh itu akan beralih pada yang lain. Apabila kita mengatakan belum bersedia,maka jalan kita menemui jodoh akan menjadi sukar

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
  
Bagi sesetengah orang,perkahwinan adalah perkara kecil dalam hidup, dan banyak lagi hal lain yang perlu diutamakan,tetapi bagi orang yang mengerti,perkahwinan itu menyempurnakan sebahagian dari iman.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah orang yang mencintai kita pergi jauh dari kita.

Kita telah mula jatuh hati bila seseorang itu berjaya membuatkan kita gembira tanpa sebab. kita akan mula mencintainya apabila kita memberi peluang kepada diri kita untuk mencintainya, memberi peluang kepada masa kita untuk bersamanya dan memberi peluang kepada mata kita untuk melihat kecantikannya luar dan dalam.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu, Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang apabila kita memandang kepadanya,ia menjadi penawar hati kita, membuatkan hati kita tersenyum ceria dan kita akan merasa gembira tanpa kita tahu sebabnya gembira itu.
  
Jangan terlampau ego.usah berpura-pura,jangan memaksa dan jangan menghalang. Apa yang berlaku pada hati anda,biarkan berlaku. Jangan cuba mengatakan bahawa anda bukan yang terbaik. Jangan cuba mengatakan bahawa anda belum bersedia. Jangan cuba memimpin hati anda mengikut ketakutan-ketakutan dan keresahan-keresahan yang ada dalam fikiran anda. Anda akan menjadi orang yang bersedia bila anda mula membiarkan hati anda merasa cinta tanpa menghalangnya dengan kepercayaan anda yang bukan-bukan.

Jangan ambil masa terlalu lama untuk meluahkan perasaan,jangan juga tergesa-gesa, jangan terlalu jual mahal,jangan terlalu mengharap akan ada yang lebih baik selepas ini, tetapi berpada-pada lah dalam setiap tindak tanduk anda supaya anda tidak gigit jari dikemudian hari

Jika tidak berminat,katakan dengan baik dan berhikmah.Jangan menjauhkan diri dan menyepikan diri. Anda bukan lagi di zaman remaja yang bercinta seperti 'touch & go' dan malu-malu untuk berbincang. Cinta anda ini adalah jambatan anda ke syurga atau neraka. Nilailah pasangan anda dengan mata hati dan bukan dengan mata kasar dan carilah sebab mengapa anda harus menolaknya. Jika tiada sebab yang munasabah,mengapa tidak anda memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk jatuh cinta dan membuat keputusan berkahwin.

Kebahagiaan manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka dengan iman & takwa.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan orang-orang yang telah menyentuh hidup mereka.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Akan tiba satu tika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan dan perbaikilah kehidupan anda dan peliharalah iman anda kerana bila-bila masa maut akan bisa menjemput anda.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan orang sekeliling anda bahagia,kesedihan yang cukup untuk memastikan anda kuat, harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum(kerana redhonya tuhan pada anda) dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis(kerana begitu berharganya anda pada mereka)

"SESUNGGUHNYA IBLIS DAN KETURUNAN-KETURUNANNYA AKAN MERAUNG DAN BERTERIAK SEKUAT-KUAT HATI TATKALA MENDENGAR SEPASANG LAKI-LAKI DAN WANITA INGIN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA. KERANA ITULAH KADANG-KADANG TERAMAT SUKAR UNTUK MENGAMBIL KEPUTUSAN BERKAHWIN DENGAN ALASAN BELUM BERSEDIA SEDANGKAN BERATUS JUTAAN ANAK IBLIS BERSARANG DALAM HATI SESEORANG LAKI-LAKI DAN WANITA YANG INGIN BERKAHWIN"